Isnin, 25 April 2011

ANTARA SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIPERKENANKAN


ANTARA SEBAB-SEBAB DOA TIDAK DIPERKENANKAN
i) meninggalkan kewajipan amar ma’ruf dan nahi mungkar.
 عـَنْ عـَائِشـَة َرَضِىَ الله ُعـَنـْهَا قـَالـَتْ: دَخـَلَ عـَلـَىَّ النـَّبـِىٌّ (ص) فـَعَرَفـْتُ فِىْ وَجـْهـِهِ أنْ قـَدْ حـَضَرَهُ شَىْءٌ. فـَتـَوَضـَّأ َوَمَا كـَلـَّمَ اَحَـدًا فـَلـَصَقـْتُ بـِالـْحُجْرَةِ أَسْتـَمِعُ مَا يَقـُوْلُ, فـَقـَعَدَ عـَلـَى المِنـْبَرِ فـَحَمِدَ اللهَ وَأَثـْنـَىْ عـَلـَيْهِ وَقـَالَ: يـَا أيُّهَا النـَّاسُ إِنَّ اللهَ يَقـُوْلُ لـَكـُمْ: مُرُوْا بـِالمَعْرُوْفِ وَانـْتـَهُوْا عـَن المُنـْكـَرِ قـَبْلَ أنْ تـَدْعـُوْا فـَلا أُجـِيْبَ لـَكـُمْ وَتـَسْأَلـُوْنـِىْ فـَلا أُعْطِيْكـُمْ, وَتـَسْتـَنـْصُرُوْنِىْ فـَلا أَنـْصُرُكـُمْ. فـَمَا زَادَ عـَلـَيْهـِنَّ حـَتـَّىْ نـَزَلَ.
 Dari Aisyah r.a berkata: Telah masuk kepadaku Nabi s.a.w (dalam bilik), aku dapat melihat dari air mukanya sesuatu permasalahan, (apabila Rasulullah s.a.w keluar)Baginda berwudu’ dan tidak bercakap dengan sesiapapun, maka aku mendekatkan telingaku pada dinding  untuk mendengar apa yang akan Baginda katakan, maka Baginda terus menaiki mimbar, lalu memuji Allah dan berkata: “Wahai manusia! Bahawasanya Allah berfirman kepadamu, hendaklah kamu menyuruh berbuat kebaikan dan mencegah dari membuat keburukan sebelum kamu berdoa kepada KU, (jika kamu berdoa tanpa melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar) maka doa kamu tidak ku perkenankan, kamu minta pertolongan tidak aku berikan. Selepas itu Baginda tidak berkata-kata lagi sampai Baginda turun dari mimbar[1].
2 – Anas ra. Mengatakan: “Wahai Rasulullah! Doakanlah aku kepada Allah agar doaku dapat diterima. Lalu rasulullah saw menjawab:
يا أنس ! أطب كسبك تجب دعوتك, فإن الرجل ليرفع اللقمة من الحرام إلى فيه فلا يستجاب له دعوة أربعين يوما
                                                                                                (رواه الطبرانى)
Maksudnya: “ Hai Anas! Berusahalah dengan cara halal, maka doamu akan diterima. Sesungguhnya seseorang yang memasukkan sesuap makanan dari yang haram ke dalam mulutnya maka doanya tidak diqabulkan sekalipun dia berdoa selama 40 hari”.


[1] Hadis riwayat Ibnu Majah dan Ibnu Hibban, dalam buku Percikan Sinar Rasulullah s.a.w, (Terjemahan oleh Hj. Khudri Thalib dari buku asalnya “QUBASYATUN MIN RASUL oleh Muhammad Quthub), DARUL TAQWA, Jakarta, 1996, Hlm. 42.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan